Hello new blog...
blog ini dibuat karena blog lamaku tak bisa dibuka
Suatu hari aku nemuin kata kata bagus dan cocok banget buat para lelaki di seluruh dunia ini .....
diambil dari situs sebelah (facebook) namanya "Renungan Hati Muslimah Sholehah"
Monggo dibaca..............
~::♥♥ANDAI LELAKI TAHU♥♥::~
 
 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 
 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya
 segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
 
 Andai lelaki tahu..
...
 Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna 
dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah 
mencintai lelaki itu.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila seorang 
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi 
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi 
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang 
berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada 
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat 
anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia 
tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih
 baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia
 tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap 
kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia 
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati 
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya 
mahukan yang terbaik untuk kamu .
 
 Andai lelaki tahu..
 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia berlebay-lebay. Dia bukannya mau dibujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang membuat perempuan rasa dihargai.
 
 Andai lelaki tahu..
 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia 
tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri 
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa 
tubuhnya.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan kata dia rindu , dia benar-benarmerindukannya.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan 
percaya kata-katanya karena dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat
 sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun 
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, 
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih 
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan menyebalkan dia bukan bermaksud untuk menjadi menyebalkan untukmu , tapi dia mau melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar 
dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak 
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan 
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia 
akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. 
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi 
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan 
pada diri anda.
 
 Andai lelaki tahu..
 Sememangnya Allah 
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi 
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal 
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun 
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
 yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki 
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan 
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
 anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, 
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
 
 ♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar